THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

mY LoVeLy fOLLowEr

Selasa, April 29, 2008

RESEPI UTK DI KONGSI BERSAMA

Apple chips

Bahan-bahan

  • 1 biji epal
  • sedikit tepung gandum
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Hiris nipis-nipis epal. Tak payah buang kulit. Hanya buang empulur kat tengah
  2. Buangkan air di epal. Letakkan epal ditengah kitchen paper. Lapkan epal.
  3. Taburkan sedikit tepung ke atas epal.
  4. Panaskan minyak. Goreng sehingga kekuningan
____________________________________________________________________

Aiskrim tembikai

Bahan-bahan

  • 300 g tembikai
  • 1sb madu
  • 300 ml fresh cream
  • 3 sb gula halus

Cara-cara

  1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
  2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
  3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
  4. Bekukan dalam freezer
  5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.
___________________________________________________________________

Sos lada hitam

Bahan-bahan

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..