THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

mY LoVeLy fOLLowEr

Jumaat, Mei 08, 2009

hati2 dgn FACEBOOK

Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Taggeddan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Adayang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyunpengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain.Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.
Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah inginmencari kita… senang sikit!” Malang sekali bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang bolehmemakan diri kita sendiri sebenarnya.
Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita: Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang palingmudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawakeuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai “professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.
Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri? Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas dirimereka sendiri?- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, dailyschedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIAsebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba. Halo…Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahudimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?Facebook best! Face book nombor 1 sekarang !!!Memang betul.Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.Dan ini juga adalah satu fakta: Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendaktahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut: Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnyabagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr AnitaJones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah DefenceResearch and Engineering Director untuk US Department of Defence. Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyatIsrael tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi… Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja
___________________________________________________________ dipetik daripada http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.677.2 ____________________________________________________________
*** heheheee.... rin dari dulu xpenah guna nama betul dalam facebook, friendster, myspace, tagged, blog atau apa saje web yg rin register.... semua rin guna first name rinz... last name cute.... address atau latarbelakang diri pun xpenah letak yg betul....

4 komEn:

Yusma Mustapha berkata...

bite tahun lepas ni..
ko baru baca ke???
sian ko...hikhik

Yusma Mustapha berkata...

takpe2..peringatan tuk semua..
aku guna nama betul jer..tapi info yg lain2 tu hantam ja la...

Rinz berkata...

email ni mmg tahun lepas dpt... saje je taruk...

Yusma Mustapha berkata...

kuang asam punye ashdd!!!! komen 1st tu die tulis..!!